CTIEZ'S BLOG

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, 2 October 2014

RESEPI GULAI KETAM UTARA DAN SUP KETAM SIMPLE

with 1 comment

Alkisahnya semalam punyer citer saya terpaksa emergency leave disebabkan anak2 tidak sihat. So, aktiviti hanya duduk diam di rumah bagi memantau kesihatan anak2 tersayang..dalam duduk diam anak2 pon dh tidur selepas makan ubat..apalagi mulakanlah aktiviti masak memasak utk makan tengahari ni..so terpikir ade lauk ketam dlm freeze..ketam yg telah dibeli agak berisi juga tau.. 3ekor rm 16 hengget okey!..hehe..then tercari2 ape resepi yg nk di masak yer..terjumpala 1 blog ni ada masak gulai ketam..tp resepi ni telah di ubahsuai sikit disebabkan kekurangan bahan masakan..heheh..so plan hari ni akan ada 2 jenis masakan..untuk papa n ibu gulai ketam..n..untuk anak2ku sup ketam..ok set..

RESEPI GULAI KETAM UTARA

Bahan-bahan A:

2 ekor ketam dicuci n di potong 2..

1 biji ubi keledek oren (dipotong kecil)

½ peket rempah kari (ikan/udang/ketam)

Santan

Air

Garam

Gula

 
Bahan-bahan B:

2 biji bawang merah (ditumbuk)

1 biji bawang putih (ditumbuk)

1 inci halia (ditumbuk)

1 sk jintan manis biji/serbuk (ditumbuk)

1 sk jintan putih biji/serbuk (ditumbuk)

 
Bahan-bahan untuk tumis darat:

2 biji bawang merah (dihiris)

1 biji bawang putih (dihiris)

2 tangkai daun kari (agak2la yer)

1 sk jintan manis (biji)

1 inci halia (dihiris)

3 sb Minyak masak (Agak2 sendiri ler)

 
Cara memasak:

Tumbuk kesemua bahan B sehingga lumat.
 

Kemudian bancuh rempah kari dgn sedikit air dan dicampur dengan bahan tumbuk tadi. Gaul sebati.

 


Masukkan ubi keledek yg telah dipotong kedalam periuk  bersama air. Masukkan juga rempah yg telah dibancuh tadi. Didihkan sehingga ubi empuk. Kacau rata.

 


Masukkan ketam dan dikacau sedikit. Air agak2la yer. Bila ketam dah kemerahan (dh masak la tu) masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau. Masukkan pula garam dan gula sesedap rasa. Tutupkan api.

 


Panaskan kuali di dapur sebelah pula..masukkan minyak. Tumis kesemua bahan tumis darat tadi sehingga kekuningan. Tuangkan kesemua bersama minyak kedalam periuk ketam tadi..(lagi berminyak lagi sedap..org utara ckplah..) kacau sedikit..tutup api.

 
 
 
 


then siap untuk dimakan sampai malam. Selamat mencuba!..

Di bawah ni pula sy nk kongsi resepi sup ketam simple..resepi yg sgt mudah jer..;-)

 

RESEPI SUP KETAM SIMPLE

 

Bahan-bahan A:

1 ekor ketam dicuci dan dipotong 2

1 biji ubi kentang dibelah 4 atau 8

Bawang Goreng

Daun sup

1 sk rempah sup

4 biji lada hitam (untuk anak2 mkn..sikit2 sudah)

1 sb minyak masak

Garam

 
Bahan-bahan B:

2 biji bawang merah (ditumbuk)

1 biji bawang putih (ditumbuk)

1 inci halia (ditumbuk)

 
Cara memasak:

Tumbuk kesemua bahan B sehingga lumat.

 


Panaskan periuk dan masukkan minyak.

Tumis bahan tumbuk tadi. Masukkan sekali rempah sup. Masukkan sedikit air.

Setelah mendidih masukkan pula ubi kentang. Masak sehingga empuk.

 


Setelah ubi empuk masukkan ketam. Tambah sedikit air lagi. Masak sehingga ketam kemerahan.

 

Masukkan sedikit garam dan taburkan daun sup dan bawang goreng. Tutupkan api. Ok sup untuk anak2 dah siap..selamat mencuba!..dah siap masak memasak bolehla mengemas rumah pula..;-)
Terima kasih kerana membaca RESEPI GULAI KETAM UTARA DAN SUP KETAM SIMPLE.

1 comment:

  1. aduhhhhh sup ketam ni memang sedap..lauk feveret anak-anak jugak ni mudah nak sediakan..

    ReplyDelete

Visitors

Connect With Us

Popular Posts

My Blog List

There was an error in this gadget

Search This Blog