CTIEZ'S BLOG

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, 6 April 2015

Petanda Healing Crisis

with 0 Comment
 



Pernah tak anda rasa makan apa-apa suplement sakit semakin menjadi-jadi? Lepas makan Shaklee bertambah sakit? Walhal nak makan suplement nak bertambah sihat!

Nak tahu kenapa?
Itulah namanya Healing Crisis atau Krisis Penyembuhan.
 
credit to komunitiashmar 


Apa itu healing crisis?
  
Healing crisis adalah satu proses di mana badan mengalami satu keadaan penyucian dan pembinaan semula. Ia digelar 'healing' (penyembuhan) kerana badan kita sedang sembuh dan akan menjadi lebih kuat. Ianya disebut 'crisis' (krisis) kerana simptomnya kadang-kadang sangat dramatik dan boleh menyebabkan seseorang itu tidak selesa. Healing crisis adalah satu proses yang normal yang dialami oleh seseorang apabila mengubat secara semulajadi. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa di dahului dengan krisis penyembuhan.

Apa yang berlaku sebenarnya bukannya kesan sampingan, sebaliknya ia adalah tindakbalas normal yang menunjukkan supplement anda berkesan. Ini bermakna sistem badan anda mula bekerja untuk membuang toksin-toksin yang telah lama berada di dalam badan.
 
Ia merupakan proses penyembuhan yang biasa. Disebabkan Alfalfa Complex bertindak sebagai detox, ia mengeluarkan segala toksin di awal pengambilan Alfalfa Complex. Usahla risau yer.
 
 Antara tanda-tanda anda mengalami Healing Crisis.
  • penat melampau
  • sangat mengantuk
  • cirit-birit
  • gatal-gatal
  • jerawat naik tiba-tiba
  • loya
  • sakit kepala
  • pening
credit to vitaminsaya
 
 
Healing crisis bukan bermakna tubuh anda tidak serasi dengan suplemen Shaklee ni, tapi ia menandakan yang ada tindakbalas sedang berlaku dalam tubuh anda. Ia adalah positif, dan tak lama pun. Ibaratnya tubuh anda sedang dibersihkan dari segala toksin yang bersarang dan telah sekian lama terpendam dalam tubuh anda selama ini.

Vitamin & mineral Shaklee diperbuat dari sumber semulajadi agar ia dapat dimanfaatkan sebagaimana kita mendapatkan vitamin C dengan memakan buah oren dan berjemur di bawah matahari pagi untuk mendapatkan vitamin D. Namun, adakah orang yang tidak serasi dengan vitamin?
 
Sebenarnya ada 3 jenis golongan yang merasakan mereka tidak serasi dengan Shaklee:
 
1. Yang mengalami rasa nak demam, pening, rasa nak muntah dan sebagainya bila mengambil supplement Shaklee.
****Golongan ini adalah mereka yang mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan.
 
2. Yang merasakan tiada apa perubahan terhadap dirinya.
****Golongan ini adalah mereka yang menghadapi masalah penyerapan vitamin oleh sebab2 tertentu.
 
3. Yang mengalami masalah seperti ruam, gatal dan sebagainya.
****Golongan ini adalah mereka yang alergi pada supplement yang mengandungi herba contohnya alfalfa.
 
Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cthnya. tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dsb.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi
 16 Petanda Healing Crisis/Krisis Penyembuhan


credit to ibufinaazfar

 

#1: Sakit Kepala Yang Melampau
Penyebab/Petanda: Badan mempunyai tekanan darah tinggi, Berlaku proses Menyahtoksin.
 
#2: Demam
Penyebab/Petanda: Sedang berlaku proses meningkatkan metabolisme,Meransang fungsi imunisasi badan

#3: Cirit-Birit, Najis Berbau, Kencing Berbau
Penyebab/Petanda: Petanda bagi menyahtoksin, Proses menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar

#4: Kembung Perut
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang lemah
 
#5: Ruam, Kulit Gatal, Kelemumur, Keluar Lendir
Penyebab/Petanda: Fungsi Hati yang lemah, Usus besar yang tidak sihat
 
#6: Penghasilan Lendir seperti selsema dan kahak
Penyebab/Petanda: Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda untuk menyahtoksin
 
#7: Pendarahan Hidung
Penyebab/Petanda: Mungkin Tanda kekurangan darah

#8: Rasa sakit pada otot dan sendi
Penyebab/Petanda: Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit.

#9: Peningkatan Rasa Sakit Pada Badan yang bermasalah
Penyebab/Petanda: Mempercepat proses penyembuhan

#10: Tidur yang Bermasalah atau Terlalu Aktif
Penyebab/Petanda: Sistem Saraf yang lemah

#11: Kitaran Haid yang Tidak Menentu, Kegatalan pada alat sulit, Keputihan yang banyak
Penyebab/Petanda: Ketidakstabilan Hormon, Proses Membetulkan semula Kitaran Hormon
 
#12: Pendarahan Ketika Membuang Air
Penyebab/Petanda: Kemungkinan ada Buasir
 
#13: Pening, Lapar
Penyebab/Petanda: Tekanan Darah Rendah, Anemia (kurang darah merah)
 
#14: Loya, Sembelit, Tersedu
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang Lemah, Masalah pada hati
 
#15: Edema (bahagian badan membengkak)
Penyebab/Petanda: Masalah Buah Pinggang

#16: Lesu , Mengantuk
Penyebab/Petanda: Badan Berasid, Fungsi Hati yang Lemah, Terlalu Penat, Perlu banyak berehat
 
Sumber : WWW.Greenwellness.my

Apa yang boleh sy katakan adalah anda perlu istiqomah, positif dan konsisten. Itu yg paling penting. Ini kerana sekiranya terjadinya krisis tersebut anda perlu bertahan sementara dan jgn mengalah untuk dapatkan hasil yg baik. bila anda telah puas hati sy tumpang happy...Salam ukhwah..;-)

Terima kasih kerana membaca Petanda Healing Crisis.

No comments:

Post a Comment

Visitors

Connect With Us

Popular Posts

My Blog List

There was an error in this gadget

Search This Blog