CTIEZ'S BLOG

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, 7 April 2015

Petua untuk atasi Healing Crisis

with 0 Comment
Apa itu Healing Crisis? boleh baca di sini.

Cara mengatasi dan mengurangkan Healing Crisis
 


credit to vithebat

Untuk mengurangkan kesan healing crisis anda perlu minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air sehari untuk membantu badan kita membuang segala toksin dalam badan. Untuk pengetahuan anda juga, sel-sel tubuh mengambil masa sekurang-kurangnya 90 hari untuk bertindak balas. Lama tuu kan..

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita sendiri. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan berlaku.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama. Toksin tersebut adalah sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress dan ditambah lagi dengan diet yang tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen membantu meningkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, badan rasa hangat, berpeluh dan lain-lain. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlaku dari 1 hingga 2 minggu.
Di waktu krisis pemulihan ini, individu haruslah mengambil air masak 2-3 liter sehari, rehat secukupnya dan makan lebih sayur dan buah.

Terima kasih kerana membaca Petua untuk atasi Healing Crisis.

No comments:

Post a Comment

Visitors

Connect With Us

Popular Posts

My Blog List

There was an error in this gadget

Search This Blog