CTIEZ'S BLOG

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, 25 May 2015

Cara Rawat Kencing Kotor Ketika Hamil

with 0 Comment
Kencing kotor adalah jangkitan yang biasa berlaku terutama di kalangan wanita yang berumur antara 20- 50 tahun. Selalunya kuman berasal dari kulit dubur, faraj atau lubang dubur (anus).



Adakah kencing kotor bermakna air kencing tidak jernih, berkeladak atau bersampah sarap? Oh Nooo!
 
Kuman itu bergerak merentasi urethra dan pundi kencing. Ianya akan membiak sebelum naik ke buah pinggang melalui ureter. Apabila jangkitan kuman berlaku, pundi kencing menjadi bengkak dan radang.

Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbangkan kepada kencing kotor. Oleh itu, disarankan agar selepas berjimak haruslah membuang air kecil. Ini akan mengeluarkan kuman yang sedang merebak ke saluran kencing (Kebiasaan pasangan yg baru berkahwin akan mengalaminya).
Setiap orang mempunyai simptom berbeza. Seorang wanita mengadu rasa terbakar ketika sedang kencing. Pengecutan pundi kencing yang mengalami radang ketika menolak air kencing keluar menyebabkan rasa sakit.
 
 
 
Itu adalah tanda-tanda kuman telah ke bahagian yang lebih dalam di bahagian pelvik akibat jangkitan kuman yang tidak dirawat.
 
Namun ada juga pesakit yang tidak menyedari dia mengalami kencing kotor. Bagi wanita yang tidak hamil, ianya mudah dirawati. Namun bagi wanita hamil, kencing kotor yang tidak dikesan dan dirawat boleh merebak ke ginjal dan menyebabkan kerosakkan buah pinggang atau ginjal.
 
Persoalannya, mengapa wanita hamil mudah mendapat kencing kotor?

Secara amnya, wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding lelaki kerana wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus.

Wanita yang hamil pula mudah menghidap jangkitan kuman berbanding dengan wanita yang tidak hamil. Ini disebabkan perubahan hormon dalam wanita hamil.

Ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot (muscle tone) salur kencing ureter dan pundi kencing bertambah lemah seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
 
Credit to: DrZubaidi.com.
 
Jom saya kongsikan 7 langkah mudah nak rawat/atasi kencing kotor. Anda boleh amalkan seperti berikut:
  1. Minum air secukupnya - sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Pengambilan air yg mencukupi akan membantu badan melawan jangkitan yg dialami.
  2. Mencuci kemaluan dari bhgian depan ke belakang bukan sebaliknya - Ini bg mengelak kuman dari dubur merebak ke faraj dan mnyebabkan jangkitan.
  3. Jangan tahan kencing - Perlu segera ke tandas.
  4. Buang air kecil sebelum dan selepas bersama suami - Selepas membuang air kecil basuh dengan bersih seperti langkah 2.
  5. Pakai seluar dalam dari jenis kain cotton dan longgar - Pilihan terbaik mengelak jangkitan.
  6. Minum air barli - Rebus barli bersama gula dan minum setiap hari.
  7. Makan suplemen - Saya cadangkan produk shaklee. Produk Garlic dari shaklee membantu menghilangkan jangkitan dan masalah kencing tak lawas yg anda alami.

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA di waktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak. Pembuatan supplement Garlic Complex terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif). Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh. 
 
Kalau nak makan bawang putih sebiji-sebiji mungkin tak mampu nk telan. Jadi saya sangat syorkan untuk cuba supplemen shaklee ini sebagai antibiotik semulajadi.
 
 
Nak order online Garlic Complex Shaklee boleh KLIK DI SINI. Terima kasih.
 
 


 
 
Terima kasih kerana membaca Cara Rawat Kencing Kotor Ketika Hamil.

No comments:

Post a Comment

Visitors

Connect With Us

Popular Posts

My Blog List

There was an error in this gadget

Search This Blog