CTIEZ'S BLOG

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, 12 May 2015

Penyakit Kuning / Jaundis

with 4 comments

 
Jaundis adalah satu keadaan yang biasa berlaku kepada bayi yang baru lahir. Jaundis ialah keadaan dimana warna kulit dan putih mata menjadi warna kekuningan. Hampir 60 peratus bayi yang baru lahir mempunyai penyakit kuning klinikal atau dikenali sebagai jaundis pada minggu pertama kehidupan bayi. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kehadiran bilirubin yang berlebihan dalam darah. Bilirubin terhasil disebabkan oleh pemusnahan sel-sel darah merah.
 
 
Lebih kurang 60 peratus bayi matang (lahir selepas genap 37 minggu kehamilan) dan 80 peratus bayi pramatang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi terjadi disebabkan pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu, menyebabkan kulit dan mata putih bayi kelihatan kuning. Pada keadaan biasa, ada sedikit kuantiti bilirubin di dalam darah, tetapi apabila kuantiti bilirubin ini melebihi satu tahap (akibat sebab tertentu) pemendapan bilirubin ke tisu badan dan kulit akan berlaku.
Dua jenis penyakit kuning





 

1. Penyakit kuning tak berkonjugat


Bilirubin tak berkonjugat adalah antara produk akhir yang terhasil melalui pemecahan sel darah merah yang tamat tempoh hayatnya. Bilirubin tak berkonjugat seterusnya akan diproses kepada bilirubin berkonjugat di hati dan kemudian akan disingkirkan dari badan melalui najis.
Sebilangan bayi sihat mengalami masalah kekuningan pada hari kedua dan menjadi nyata menjelang hari ketiga dan keempat selepas kelahiran. Fenomena ini adalah masalah fisiologi tubuh badan bayi dan kuning ini dipanggil jaundis fisiologikal.
Masalah jaundis fisiologikal tidak berlaku dalam masa 24 jam pertama kelahiran dan tidak melebihi jangka masa dua minggu dalam bayi matang atau tiga minggu dalam bayi pramatang. Tahap bilirubin dalam darah juga tidak tinggi (iaitu kurang dari 250 mmol/L atau 12 mg/dL).
 
Punca boleh menyebabkan peningkatan paras bilirubin dalam tisu, antaranya:
  • Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.
  • Ketidaksesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO
  • Terlalu banyak sel darah merah (polycythemia)
  • Masalah kecederaan ketika lahir. Bayi yang lahir melalui kaedah vakum atau forsep mungkin mengalami masalah pendarahan di bawah bahagian kepala, sama ada di bawah selaput yang menutupi tulang tengkorak (cephalhaematoma) atau di bawah tisu lembut kepala (pendarahan subaponeurosis)
Semua masalah di atas akan menyebabkan pemecahan sel darah merah dan seterusnya jaundis. Penyakit kuning tak berkonjugat juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya dan 'breast milk jaundiceâ'.
 
'Breast milk jaundiceâ' boleh terjadi disebabkan kandungan susu ibu yang luar biasa dan mungkin mengandungi komponen 'beta glukoronidaseâ' yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin tak berkonjugat kepada berkonjugat.

2. Penyakit kuning berkonjugat

Antara punca paling penting menyebabkan penyakit kuning berkonjugat adalah masalah biliary atresia, di mana saluran hempedu tidak normal dan tersekat.
Ini menyebabkan paras bilirubin berkonjugat meningkat di dalam darah. Tambahan pula, bilirubin berkonjugat yang terhasil tidak dapat disingkirkan melalui najis, seterusnya menyebabkan najis bayi kelihatan pucat keputihan dan air kencing berwarna gelap. Penyakit biliary atresia memerlukan rawatan pembedahan.
 
Kesan-kesan jaundis
 
Apabila tahap bilirubin tak berkonjugat tinggi, ia boleh melepasi lapisan darah-otak (blood brain barrier) dan termendap di sel-sel otak. Jika jaundis tidak dirawat, bayi boleh mengalami masalah pendengaran atau lebih teruk lagi masalah terencat akal (kernicterus).
 
Rawatan jaundis
 

Jika bayi anda kelihatan kuning, jumpalah doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan darah akan dilakukan untuk menilai paras bilirubin di dalam darah. Berdasarkan keadaan bayi dan pemeriksaan darah, doktor kanak-kanak anda akan menilai sama ada rawatan susulan diperlukan.
 
Rawatan yang biasa dilakukan untuk bayi jaundis adalah rawatan fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukar struktur bilirubin tak berkonjugat kepada lumirubin, di mana ia senang dikumuhkan di hati dan disingkirkan melalui najis.
 
 
Fototerapi perlu dilakukan berterusan; bayi didedahkan kepada cahaya biru ini tanpa pakaian dan mata bayi akan ditutup dengan penutup mata khas.
 
Rawatan fototerapi ini akan dihentikan apabila tahap bilirubin darah menurun ke tahap selamat. Rawatan fototerapi boleh dilakukan di hospital atau jika paras bilirubin tidak terlalu tinggi melalui 'home phototherapy' di rumah anda.
 
Rawatan penukaran darah akan dilakukan apabila paras bilirubin tak berkonjugat dalam darah terlampau tinggi, iaitu melebihi 340mmol/L, walaupun setelah diberi rawatan fototerapi.
 
Jika anak anda sudah menerima rawatan fototerapi, pemeriksaan susulan perlu diadakan untuk memastikan tahap bilirubin tidak melambung semula.
 
Berbincanglah dengan doktor anda sama ada rawatan fototerapi masih diperlukan.
Bayi yang mempunyai paras bilirubin terlampau tinggi atau menerima rawatan penukaran darah perlu mendapat pemeriksaan susulan untuk pemeriksaan perkembangan dan ujian pendengaran.

Sumber:
http://www.dbmhospital.com.my/home/morearticle.asp?articleid=20
 



Terima kasih kerana membaca Penyakit Kuning / Jaundis.

4 comments:

  1. alhamdulillah juga anak2 MJ dulu waktu lahir tak kena kuning

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah alhamdulilah..itu yg ibu2 smua mahukan..tak risau dh.;-)

      Delete
  2. baby memang biasa kena ;) lagi teruk kalo musim hujannnn ... lama nak baikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu..slagi x baik slagi tu ibu akan risau..

      Delete

Visitors

Connect With Us

Popular Posts

My Blog List

There was an error in this gadget

Search This Blog